ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 68. Mengupacarakan perkahwinan tak sah.

(1) Sesiapa mengupacarakan perkahwinan yang tidak memenuhi syarat atau rukun menyebabkan perkahwinan itu tak sah di sisi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa bersubahat melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Mahkamah boleh memerintahkan supaya difaraqkan perkahwinan yang tak sah itu, dan boleh, dengan persetujuan kedua pihak, memerintahkan bernikah semula.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.