ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN X - PENALTI



Seksyen 135. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah.

(1) Tanpa menjejaskan hak mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah Ordinan ini untuk menguatkuasakan perintah di bawah Ordinan ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang telah membuat perintah itu boleh, dalam hal kegagalan dengan sengaja untuk mematuhinya, jika perintah sedemikian menghendaki pembayaran apa-apa amaun, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda-denda yang dikenakan oleh Mahkamah itu, atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan ke atas orang yang sengaja gagal mematuhinya jika perintah bagi bayaran setiap bulan yang masih belum dibayar, atau, dalam mana-mana hal yang lain, bayaran satu tahun yang masih belum dibayar.

(2) Mahkamah boleh-





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.