ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 99. Menghalang daripada disampaikan saman atau lain-lain prosiding, atau menahannya daripada disiarkan.

Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang dengan apa-apa cara daripada disampaikan kepadanya, atau kepada seseorang lain, sesuatu saman, notis, atau perintah yang dikeluarkan oleh mana-mana penjawat awam yang kompeten di sisi undang-undang sebagai penjawat awam itu, mengeluarkan saman, notis atau perintah itu, atau dengan sengaja menghalang daripada ditampalkan dengan sah di sisi undang-undang di mana-mana tempat sesuatu saman, notis atau perintah itu, atau dengan sengaja menanggalkan mana-mana saman, notis atau perintah itu dari mana-mana tempat ia ditampalkan dengan sah di sisi undang-undang, atau dengan sengaja menghalang daripada dibuat dengan sah di sisi undang-undang sesuatu perisytiharan di bawah kuasa mana-mana penjawat awam yang kompeten di sisi undang-undang, sebagai penjawat awam itu, mengarah perisytiharan itu dibuat, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau, jika saman, notis, perintah atau perisytiharan itu menghendaki ia hadir sendiri atau hadir melalui wakilnya atau menghendaki ia mengemukakan sesuatu dokumen di mahkamah hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.