ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - KEWANGAN
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 51. Rayuan.


Seseorang boleh membuat bantahan kepada Majlis terhadap sesuatu tuntutan bayaran zakat dan fitrah olehnya. Majlis hendaklah menimbangkan bantahan itu dan boleh memerintahkan supaya orang itu hendaklah membayar jumlah zakat dan fitrah yang dituntut daripadanya, atau suatu jumlah yang kurang dan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis atau boleh memerintahkan bahawa orang itu hendaklah tidak terkena membayar zakat dan fitrah di dalam sesuatu tahun atau beberapa tahun atau salah satu daripadanya. Keputusan Majlis terhadap bantahan itu hendaklah muktamad dan tidak boleh disoal di dalam mana-mana mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.