ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN V - NAFKAH TANGGUNGAN



Seksyen 93. Anak-anak yang mendapat pembelaan.


(1) Seorang kanak-kanak yang berumur di bawah lima belas tahun boleh, dengan permintaan di dalam Mahkamah Kadi, sama ada dengan cara bersendirian atau melalui wakil mendapat satu perintah terhadap bapanya yang sah itu atau terhadap seseorang yang lain yang wajib menanggungnya mengikut Hukum Syara' untuk menanggungnya bagi bayaran dari satu masa ke satu masa mengikut Hukum Syara'.

(2) Seorang kanak-kanak yang berumur di antara 15 tahun dan 18 tahun boleh membuat tuntutan kepada Mahkamah Kadi dengan bersendirian atau melalui wakilnya untuk mendapatkan perintah terhadap bapanya yang sah atau siapa-siapa orang yang wajib menanggungnya mengikut Hukum Syara' untuk belanja persekolahannya dari satu masa ke satu masa.

(3) Jika didapati oleh Mahkamah bahawa seorang bapa itu tiada menyempurnakan nafkah anak-anaknya semenjak sama ada tarikh permohonan nafkah itu dibuat atau sebahagian masanya, maka Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukuman ke atas si bapa itu supaya menyempurnakan nafkah bagi anak-anaknya itu kepada jandanya atau kepada orang yang lain jika orang yang lain telah menanggung nafkah anak-anak itu selama masa itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.