ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN VII - PELBAGAI



Seksyen 22. Kuasa untuk memasuki sekolah atau asrama.


Pendaftar, Nazir atau mana-mana orang lain yang diberikuasa secara bertulis oleh Pendaftar, boleh pada setiap masa yang munasabah memasuki mana-mana sekolah atau asrama bagi maksud Enakmen ini atau Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya dan Jemaah dan tiap-tiap kakitangan sekolah atau asrama itu hendaklah memberi kepada orang sedemikian akses kepada mana-mana bahagian sekolah atau asrama dan mengadakan segala kemudahan yang perlu baginya untuk memeriksa sekolah atau asrama itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.