ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 21. Poligami

(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin lagi dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada Kadi bahawa ia telah membuat pengakuan di hadapan Kadi yang ia akan berlaku adil terhadap isteri-isterinya dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa pengesahan tersebut, maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan dibawah Enakmen ini.

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Perak seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Perak dan perkahwinan di luar Negeri Perak seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Perak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.