ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 86. Menggantungkan perbicaraan jika pendakwaan terhadap pertuduhan yang dipinda memerlukan sanksi dahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda atau yang ditambah itu adalah suatu pertuduhan yang bagi mendakwanya sanksi Ketua Pendakwa Syarie perIu diperolehi terlebih dahulu, kes itu tidak boleh diteruskan sehingga sanksi itu diperolehi, melainkan jika sanksi telah pernah diperolehi bagi pendakwaan yang berasaskan fakta-fakta yang sama seperti yang diasaskan untuk pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.