ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DAN PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI



Seksyen 14. Mempengerusi mesyuarat.

(1) Yang Dipertua, atau dalam masa ketakhadirannya Timbalan Yang Dipertua, hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.

(2) Jika Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, anggota-anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.