ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 131. Penghakiman.

(1) Hakim bicara hendaklah menulis penghakimannya.

(2) Kecuali dalam hal prosiding dalam Kamar, Hakim bicara hendaklah tertakluk kepada subseksyen (3), mengumumkan penghakimannya dalam Mahkamah terbuka.

(3) Jika kerana sesuatu sebab Hakim bicara tidak dapat mengumumkan penghakimannya di Mahkamah terbuka, penghakiman itu boleh dibacakan oleh mana-mana Hakim lain atau oleh Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.