ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - PENDAKWAAN



Seksyen 187. Perlantikan Peguam Syarie.

Dengan kelulusan Majlis, seseorang Peguam Syarie boleh dilantik oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk menjalankan mana-mana pendakwaan jenayah atau untuk hadir dalam mana-mana rayuan jenayah bagi pihak Ketua Pendakwa Syarie. Peguam Syarie itu hendaklah dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri apa-apa fee sepertimana yang diluluskan oleh Majlis dan semasa menjalankan pendakwaan atau rayuan itu, Peguam Syarie itu hendaklah dianggap sebagai penjawat awam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.