ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Am



Seksyen 14. Fakta yang menunjukkan wujudnya keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh adalah qarinah.

Fakta yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau relevan.

Huraian 1-Sesuatu fakta relevan yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan akal fikiran yang relevan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubungan dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.

Huraian 2-Jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya adalah qarinah dalam pengertian seksyen ini, maka sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.