ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XII - PEMINDAHAN PROSIDING



Seksyen 93. Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah

Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah, maka Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah fail prosiding itu, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan, jika ada, dan Pendaftar hendaklah memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18, kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.