ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau salah di sisi undang-undang.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes yang dalamnya dia berpendapat bahawa mana-mana perkahwinan yang dikatakan adalah tak sah atau bahawa mana-mana perkahwinan yang boleh didaftarkan telah diakadnikahkan dengan melanggar Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.