ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah



Seksyen 11. Bila nyataan boleh menjadi qarinah.

Nyataan boleh menjadi qarinah-


MISALAN

(
a) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan sesuatu jenayah di Kuching pada suatu hari tertentu.

Nyataan bahawa pada hari itu A berada di Miri adalah qarinah.

Nyataan bahawa berhampiran dengan waktu jenayah itu dilakukan, A berada di tempat jauh dari tempat jenayah itu dilakukan, yang mana menjadi tidak mungkin sekali, walaupun tidak mustahil, bahawa dia telah melakukannya adalah qarinah.

(
b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan sesuatu jenayah.

Hal keadaannya adalah sedemikian bahawa jenayah itu tentu sekali telah dilakukan oleh salah seorang dari A, B, C atau D. Tiap-tiap nyataan yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak boleh dilakukan oleh sesiapa lain dan bahawa dia tidak dilakukan oleh sama ada B, C, atau D adalah qarinah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.