ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 223. Orang yang dilepaskan atas jaminan hendaklah memberikan alamat untuk penyampaian.
Apabila mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, dia hendaklah memberi Mahkamah atau pegawai yang dengannya dia mengikat jaminan itu alamat di mana segala notis dan proses boleh disampaikan kepadanya, dan dalam apa-apa hal jika orang itu tidak dapat dijumpai, atau atas sebab lain penyampaian itu tidak dapat dibuat kepadanya, apa-apa notis atau proses yang ditinggalkan bagi orang itu di alamat itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.