ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS SAMAN MADIN PENGHAKIMAN



Seksyen 184. Perakuan penunaian.

(1) Jika apa-apa hutang penghakiman yang berkenaan dengannya madin penghakiman dikomitkan ke penjara di bawah seksyen 181 dijelaskan melalui pembayaran atau selainnya, dain penghakiman hendaklah memfailkan kepada Pendaftar suatu perakuan penunaian yang ditandatangani olehnya dalam Borang MS 49.

(2) Jika dain penghakiman gagal memfailkan perakuan seperti yang disebut dalam subseksyen (1), madin penghakiman atau mana-mana orang bagi pihaknya, boleh memohon kepada Mahkamah suatu perintah bagi pelepasannya dan Mahkamah dalam membuat perintah tersebut hendaklah mengarahkan kos bagi permohonan itu dibayar oleh dain penghakiman.

(3) Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam Borang MS 50.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.