ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 90. Di mana terdapat keraguan tentang kesalahan apa yang dilakukan.

Jika sesuatu perbuatan tunggal atau siri perbuatan adalah sebegitu rupa sehingga meragukan yang mana satu di antara beberapa kesalahan itu yang mana fakta-faktanya boleh dibuktikan, telah dilakukan, orang yang dituduh boleh dipertuduhkan melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan beberapa bilangan pertuduhan itu boleh dibicarakan pada satu masa atau dia boleh dipertuduhkan dengan pertuduhan pilihan kerana melakukan mana-mana atau lebih kesalahan itu dan boleh dibicarakan pada satu masa.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.