ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 4. Penubuhan dan pemerbadanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

(1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.

(2) Apabila sahaja mula berkuatkuasa Bahagian ini "Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang" yang wujud menurut kuasa seksyen 5 Enakmen 1982 hendaklah disifatkan sebagai badan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3) Segala hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum mula berkuatkuasa Bahagian ini adalah terletak hak atau dipertanggungkan kepada "Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang" hendaklah pada mula berkuatkuasa Enakmen ini terletak hak dan dipertanggungkan kepada Majlis, setakat mana ia tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(4) Segala harta alih atau tidak alih, daripada segala jenis, yang sebelumnya mula berkuatkuasa Enakmen ini adalah terletak hak pada "Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang" hendaklah, pada mula berkuatkuasa Bahagian ini dengan tiada perlu dipindah hak, diserah hak atau dipindah milik, terletak hak pada Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.