ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VII - INTERPLIDER



Seksyen 62. Perbicaraan isu interplider

(1) Bahagian XV hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian yang perlu, terpakai berhubung dengan isu interplider sebagaimana Bahagian itu terpakai berhubung dengan apa-apa kausa atau perkara lain.

(2) Mahkamah yang membicarakan isu interplider boleh memberikan apa-apa penghakiman atau membuat apa-apa perintah yang akan dapat dengan muktamad membereskan segala soalan yang berbangkit dalam prosiding interplider itu.

(3) Penghakiman itu mestilah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS 15.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.