ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 76. Amanah-amanah lain.

(1) Majlis bolehlah menerima apa-apa deposit ke dalam Baitulmal daripada mana-mana orang, badan atau organisasi Islam atas syarat-syarat tentang pembayaran balik dan pelaburannya dan apa-apa faedah-faedah lain yang boleh dibayar ke atasnya, atau selainnya, sebagaimana dipersetujui di antara Majlis dengan pendeposit.

(2) Majlis boleh menjadi pemegang amanah bagi mana-mana pungutan kerana khairat di bawah Enakmen ini dan bagi apa-apa sumbangan atau pemberian yang diterima bagi maksud menyokong dan memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.