ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 6. Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.
(1) Sesuatu perkahwinan di Terengganu hendaklah mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syara' hanya oleh-
(
a
)
wali, dengan kebenaran Pendaftar; atau
(
b
)
seorang Jurunikah sebagai wakil wali.
(2) Wali hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas mengakadnikahkan perkahwinan, membekalkan butir-butir tentang perkahwinan itu dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.