ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VII - PERKARA-PERKARA AM



Seksyen 66. Kesalahan yang tidak ditetapkan atau yang baginya tidak diperuntukkan hukuman.

(1) Tanpa menyentuh peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah boleh mengenakan hukuman ke atas seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Hukum Syara' yang tidak diperuntukkan oleh Enakmen ini dan, apabila disabitkan, orang itu hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang bersalah atas sesuatu kesalahan terhadap mana-mana undang-undang, kaedah atau peraturan yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, jika tiada apa-apa penalti diperuntukkan dengan nyata baginya boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.