ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 144. Rayuan khas dibenarkan di dalam kes-kes yang tertentu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan ia tidak menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Enakmen ini, memberi kebenaran khas untuk merayu atas-atas syarat yang ditetapkan dan dengan apa-apa arahan kepada Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak-pihak berkenaan sebagaimana Hakim berkenaan menimbangkan perlu, supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.