ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 96. Menarik balik baki pertuduhan atas sabitan satu daripada beberapa pertuduhan.

(1) Apabila lebih daripada satu pertuduhan dibuat ke atas orang yang sama dan apabila disabitkan ke atas satu atau lebih pertuduhan-pertuduhan itu, pegawai yang menjalankan pendakwaan boleh, dengan kebenaran Mahkamah, menarik balik baki pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan, atau Mahkamah dengan kehendaknya sendiri bolehlah menggantungkan pembicaraan ke atas pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan itu.

(2) Penarikan balik atau penggantungan itu hendaklah mempunyai kesan pembebasan atas pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan itu, kecuali sabitan itu diketepikan, di mana dalam kes seumpama itu Mahkamah (tertakluk kepada perintah Mahkamah yang mengenepikan sabitan itu) bolehlah meneruskan pembicaraan atas pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan yang ditarik balik atau yang tidak diteruskan itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.