ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 11. Keanggotaan Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(2) Yang Dipertua dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)(c)(i), (ii) atau (iii) bukan orang Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya daripada Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

(5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, ialah Yang Dipertua atau anggota yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Yang Dipertua atau anggota Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.