ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990
BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 16. Bilakah wujudnya perjalanan urusan menjadi qarinah.
Apabila ada soal sama ada suatu perbuatan tertentu telah dilakukan, wujudnya apa-apa perjalanan berkaitan dengan urusan yang menurutnya perbuatan itu mungkin telah dilakukan, adalah suatu qarinah.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah dikirimkan.
Fakta bahawa telah menjadi perjalanan urusan biasa bagi segala surat yang diletakkan di suatu tempat tertentu dibawa ke pejabat pos, adalah qarinah.
(b)
Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada
A
.
Fakta bahawa ia telah diposkan dalam masa yang sepatutnya dan telah tidak dikembalikan melalui Bahagian Surat Kiriman Mati adalah qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.