ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN



Seksyen 40. Penceraian dengan talak, perintah atau shiqaq.

(1) Seorang suami atau isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan dan disertai dengan suatu ikrar yang hendaklah mengandungi yang berikut-
(2) Selepas menerima permohonan itu Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan dan ikrar yang dibuat oleh pemohon dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.

(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuashati selepas penyiasatan yang wajar bahawa syiqaq telah berlaku Mahkamah hendaklah menasihatkan suami melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

(4) Jika si suami melafazkan satu talaq Mahkamah hendaklah mencatitkan hal ini di dalam Sijil dan kemudiannya menghantarkan satu salinan catitan itu yang diperakui kepada Pendaftar dan Ketua Pendaftar yang berkenaan untuk didaftarkan.

(5) Sesuatu talak rajii yang dilafazkan oleh suami, melainkan dirujuk lebih awal, sama-ada dengan nyata atau sebaliknya atau oleh suatu perintah Mahkamah, tidak boleh berkuatkuasa menamatkan pernikahan sehingga tamat tempoh iddah.

(6) Jika isteri hamil pada masa talak itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talak atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa menamatkan pernikahan sehingga berakhir tempoh kehamilan itu.

(7) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang seorang isteri yang telah ditamatkan pernikahannya dengan talak yang berkuatkuasa di bawah seksyen ini dari bernikah semula dengan suami yang sama tanpa bernikah dengan seorang lain terlebih dahulu, melainkan jika penamatan itu berkuatkuasa sedemikian pada kali ketiganya.

(8) Jika suami mentalakkan isterinya yang belum disetubuhi, talak itu akan berkuatkuasa selepas sahaja dilafazkan.


(9) (i) Jika Mahkamah tidak dapat menasihati mana-mana pihak mencapai perdamaian atau berpuashati bahawa syiqaq sentiasa berlaku antara pihak kepada suatu pernikahan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak dua orang hakam, untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu. Pada membuat perlantikan itu, Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak berkenaan yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(10) Mana-mana orang atau peguam tidak boleh hadir atau tidak bertindak bagi mana-mana pihak dalam sesuatu suluh dihadapan hakam selain daripada seorang ahli keluarganya yang karib kepada pihak itu tanpa kebenaran hakam itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.