ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 77. Kuasa Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak.

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat mana-mana perjanjian berhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang anak, sama ada perjanjian itu dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah dan adalah untuk kebajikan anak itu berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.