ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 23. Bila catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan dalam qarinah

Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pekhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya, atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu disimpan, adalah dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.