ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 115. Pengemukaan dokumen-dokumen dan penterjemahannya.

(1) Seseorang saksi yang dipanggil supaya hadir mengemukakan sesuatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada di dalam milikannya atau di bawah kuasanya, membawa dokumen itu ke Mahkamah walaupun mungkin ada apa-apa bantahan tentang sama ada dokumen itu boleh dikemukakan atau diterima dalam keterangan. Sah tidaknya sesuatu bantahan itu hendaklah diputuskan oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu adalah berkenaan dengan hal ehwal Negara, atau mengambil lain-lain keterangan bagi membolehkannya menentukan sama ada dokumen itu boleh diterima atau tidak.


(3) Jika bagi maksud itu sesuatu dokumen perlu diterjemahkan, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemahnya supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan diberi sebagai keterangan dan jika penterjemah itu mengingkari arahan itu, maka dia hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 214 Kanun Acara Jenayah Syariah, 1991[Ordinan No. 8/91.].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.