ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIV - PELBAGAI



Seksyen 221. Bahasa.

(1) Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua prosiding dalam Mahkamah.

(2) Apa-apa dokumen yang hendak digunakan mestilah dalam bahasa kebangsaan; dan dalam hal dokumen dalam mana-mana bahasa lain, ia hendaklah disertakan dengan terjemahannya dalam bahasa kebangsaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.