ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 117. Mengajar tanpa kebenaran.

Seseorang yang mengajar atau menyampaikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan Agama Islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, kecuali kepada ahli-ahli keluarga di kediamannya, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.