ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VI - PENYAMPAlAN
BAB 2 - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA



Seksyen 54. Cara penyampaian di luar bidang kuasa.

(1) Apa-apa saman atau permohonan untuk disampaikan di luar bidang kuasa dalam Malaysia bolehlah dihantar kepada mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam daerah di mana orang yang kepadanya hendak disampaikan saman atau permohonan itu berada.

(2) Saman atau permohonan untuk disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau selainnya dengan permintaan bertulis untuk penyampaian yang ditandatangani oleh Hakim atau Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.