Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN VI
Seksyen 23. Hukuman hirabah.
Sesiapa yang melakukan
hirabah
hendaklah dihukum dengan hukuman
hudud
seperti berikut:
(a)
dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;
(b)
dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;
(c)
dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta diambil dan kecederaan dlakukan ke atas mangsanya, maka
diyat
atau
irsy
hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki yang mana jumlah
diyat
atau
irsy
itu hendaklah tertakluk kepada apa yang munasabah memandangkan kepada jenis dan keadaan kecederaan yang dilakukan itu sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual II, III dan IV; dan
(d)
dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang akan membawa pesalah itu kepada kesedaran dan kesesalan, sekiranya ugutan sahaja digunakan dengan tidak mengambil apa-apa harta atau tidak menyebabkan apa-apa kecederaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.