ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 80. Beban membuktikan seseorang masih hidup yang telah tidak didengar khabar selama 4 tahun.

Tertakluk kepada Hukum Syarak dan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati dan ada dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar empat tahun dari masa dia hilang oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabarnya sekiranya dia masih hidup, maka beban membuktikan bahawa dia masih hidup adalah terpindah kepada orang yang mendakwa demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.