ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 16. Kuasa untuk menyita senjata berbahaya.

Pegawai Penguatkuasa Syariah atau orang lain yang membuat apa-apa penangkapan di bawah Enakmen ini boleh mengambil daripada orang yang ditangkap itu apa-apa senjata berbahaya yang ada padanya dan hendaklah menyerahkan segala senjata yang diambil sedemikian kepada polis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.