ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VII - HADHANAH



Seksyen 90. Perintah larangan oleh Mahkamah.

(1) Walau apapun peruntukan seksyen 78, Mahkamah boleh, jika ia fikirkan perlu, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang anak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing dari-
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seorang anak bersalahan dengan perintah itu boleh ditetapkan sebagai tidak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan sedemikian kepada anak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah seksyen-kecil (2) melainkan jika perlu atau menafaat bagi kepentingan anak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.