ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XXIII - PENGHINAAN MAHKAMAH



Seksyen 219. Notis tunjuk sebab.

(1) Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan atau prosiding terhadap mana-mana orang yang melakukan penghinaan Mahkamah dan dalam prosiding tersebut Mahkamah boleh membuat terhadap orang tersebut suatu perintah pengkomitan tidak melebihi 6 bulan atau boleh didenda tidak melebihi RM2000.

(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara atau atas usulnya sendiri, mengeluarkan suatu notis tunjuk sebab.

(3) Tiada permohonan kepada Mahkamah untuk pengeluaran notis tunjuk sehab terhadap mana-mana orang boleh dibuat rnelainkan kebenaran untuk berbuat demikian diberi mengikut Bahagian ini.

(4) Suatu permohonan untuk kebenaran hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan nama dan butir-butir orang yang terhadapnya notis tunjuk sebab itu hendak dikeluarkan dan alasan permohonan itu.

(5) ]ika seseorang melakukan penghinaan dalam Mahkamah, orang itu tidak perlu disampaikan notis tunjuk sebab tetapi Mahkamah hendaklah menentukan bahawa orang itu faham akan perihal kesalahan yang dikatakan dilakukan olehnya dan dia diberi peluang untuk membela diri, dan Mahkamah hendaklah membuat catatan prosiding itu.

(6) Dalam semua hal penghinaan Mahkamah, notis tunjuk sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil hendaklah disampaikan kepada orang yang dikatakan melakukan penghinaan tersebut.

(7) Perintah pengkomitan hendaklah dalam Borang MS 54.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.