ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 180. Kuasa mengurangkan hukuman.

Apabila mana-mana Mahkamah di bawah seksyen 177 telah menghukumkan pesalah dengan sesuatu hukuman kerana enggan atau tidak membuat apa-apa yang ia telah dengan sahnya dikehendaki membuat atau kerana sengaja mengaib atau mengganggu Mahkamah, Mahkamah boleh, mengikut budibicaranya, melepaskan pesalah itu atau mengurangkan hukumannya jika pesalah telah mematuhi perintah atau permintaan Mahkamah atau jika dia meminta maaf dengan memuaskannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.