ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IX - PELBAGAI



Seksyen 29. Mahkamah hendaklah terbuka.

Setiap prosiding hendaklah dijalankan dalam mahkamah terbuka yang orang ramai pada amnya mempunyai akses:

Dengan syarat bahawa mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa prosiding atau mana-mana bahagian daripadanya secara tertutup jika mahkamah berpuas hati bahawa adalah suaimanfaat berbuat demikian demi kepentingan keadilan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.