ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 94. Bila kesalahan dibuktikan dimasukkan di dalam kesalahan yang dipertuduhkan.


(1) Apabila seseorang dituduh dengan sesuatu kesalahan yang mengandungi beberapa butir, di mana suatu percampuran daripada beberapa butir sahaja menjadikan satu kesalahan yang kecil, dan percampuran itu dibuktikan, tetapi butir-butir yang tertinggal itu tidak dapat dibuktikan, maka dia bolehlah disabitkan atas kesalahan yang kecil itu walaupun dia tidak dituduh atas kesalahan itu.

(2) Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, dan keterangan-keterangan yang dibuktikan cuma menunjukkan kesalahan kecil sahaja, dibuktikan, maka dia bolehlah disabitkan atas kesalahan yang kecil itu walaupun dia tidak dituduh atas kesalahan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.