ENAKMEN 1 TAHUN 1980
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1980
Seksyen 8. Kesalahan membahagikan di tempat awam terbitan-terbitan mengenai agama bukan Islam kepada orang Islam.
(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam masa membahagikan di suatu tempat awam apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan atau salinan-salinan terbitan itu kepada seorang Islam.
(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit.
(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1)-
(a) bahawa orang yang dituduh itu menjalankan usaha berhati-hati yang sepatutnya bagi mempastikan supaya terbitan itu tidak jatuh ke tangan orang Islam; atau
(b) bahawa orang yang kepadanya orang yang dituduh itu telah menyerahkan terbitan itu telah meminta salinan atau salinan-salinan terbitan itu tanpa apa-apa dorongan oleh atau dari orang yang dituduh itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.