ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 99. Pemeriksaan balas tentang pernyataan bertulis dahulu.

(1) Seseorang saksi boleh diperiksa balas tentang pernyataan-pernyataan dahulu yang dibuat olehnya secara bertulis atau yang diubah ke dalam bentuk tulisan, dan yang relevan dengan perkara-perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu, tanpa tulisan itu ditunjukkan kepadanya atau dibuktikan; tetapi jika dimaksudkan hendak menyangkal saksi itu dengan tulisan itu, maka saksi itu mestilah, sebelum tulisan itu boleh dibuktikan, diminta supaya mengambil perhatian kepada mana-mana tulisan yang hendak digunakan bagi maksud menyangkalnya.

(2) Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas tentang pernyataan lisan dahulu yang dibuat olehnya yang relevan dengan perkara-perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu dan yang tak konsisten dengan testimoni yang sedang diberinya, tidak mengaku dengan nyata bahawa dia telah membuat penyataan itu, maka bukti bolehlah diberikan yang dia telah sebenarnya membuat pernyataan lisan itu: tetapi sebelum bukti boleh diberikan hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu yang cukup untuk menentukan hal kejadian tertentu itu mestilah disebutkan kepada saksi itu, dan dia mestilah ditanya sama ada dia telah membuat pernyataan itu atau tidak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.