ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 110. Menahan pesalah-pesalah yang hadir di Mahkamah.

(1) Mana-mana orang yang menghadiri sesebuah Mahkamah Jenayah sungguhpun ianya tidak ditangkap atau di saman, boleh ditahan oleh Mahkamah bagi tujuan memeriksa sebarang kesalahan yang mana Mahkamah itu boleh membicarakan dan daripada keterangan yang diberi dia didapati melakukan kesalahan itu dan Mahkamah itu bolehlah menjalankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

(2) Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu pembicaraan telah dimulakan, maka pembicaraan terhadap orang itu hendaklah dimulakan semula secara baharu dan keterangan daripada saksi-saksi didengar semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.