ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IV - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 82. Memeriksa dan meminta cabutan dari Buku Daftar.


(1) Daftar Nikah, Cerai dan Rujuk di bawah Enakmen ini hendaklah pada bila-bila masa dibuka kepada sesiapa yang memohon untuk melihatnya dengan bayaran yang ditetapkan.

(2) Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada sesiapa yang berkehendakkan salinan yang diakui sah atas cabutan daripada daftar-daftar di bawah seksyen kecil (1) dengan membayar bayaran yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.