ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 22. Minit.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah ringkas dan mengandungi hanya keputusan dan perkara-perkara yang mustahak.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, suatu salinan draf mini itu hendaklah dipersembahkan kepada Dulia Yang Maha Mulia Sultan, dan jika semasa draf minit itu disahkan minit itu dipinda, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah dengan segera disembahmaklumkan tentang pindaan yang dibuat.

(5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau, jika tindakan perlu diambil sebelum minit itu disahkan, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah menandakan perkenan Baginda secara bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.