ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
KENYATAAN YANG DIBUAT DALAM KEADAAN KHAS



Seksyen 25. Perkaitan kenyataan tentang nyataan awam yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau pemberitahuan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang sesuatu nyataan mengenai perkara awam, apa-apa kenyataan mengenai nyataan itu yang dibuat di dalam sesuatu sebutan permulaan yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau di dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang tersiar di dalam Warta Kerajaan Persekutuan atau Negeri, adalah nyataan berkaitan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.