ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERNIKAHAN



Seksyen 21. Pendaftaran.

(1) Penolong Pendaftar, hendaklah selepas sahaja pernikahan dilakukan dengan serta merta mendaftarkan pernikahan itu di dalam borang yang ditetapkan.

(2) Borang itu kemudiannya hendaklah, dalam tempoh tujuh hari, dihantar kepada Pendaftar yang setelah mendaftarkan butir dalam borang itu ke dalam Buku Daftar Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah (selepas ini disebut "Daftar Daerah") hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menghantarkan pula borang tersebut kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah dengan seberapa segera yang praktik mendaftarkan butir dalam borang itu ke dalam Buku Daftar Nikah, Cerai dan Rujuk Pusat (selepas ini disebut "Daftar Pusat").

(3) Selepas mendaftarkan suatu pernikahan dan selepas menjelaskan kepadanya bayaran yang ditetapkan Pendaftar hendaklah mengeluarkan Sijil Nikah, Cerai dan Rujuk (selepas ini disebut "Sijil") seperti dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi pernikahan itu.

(4) Kandungan Daftar Daerah dan Daftar Pusat hendaklah seperti dalam borang yang ditetapkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.