ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 107. Pengkhidmat awam dan perlindungan.

Semua ahli Majlis, pegawai dan pengkhidmat Majlis dan orang yang dilantik di bawah Enakmen ini, semasa menjalankan kuasanya atau melaksanakan tugasnya sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan; dan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [N.M.B. Bab 45. Akta 198] hendaklah terpakai terhadap apa-apa guaman, tindakan, dakwaan atau prosiding yang berbangkit daripadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.